Both Of Us
Diamondrian's
Wednesday 25 June 2014 • 07:14 • 0 comments

Assalammualaikum...

haaa, bersua kembali kita ya.Gila kau berapa lama dah aku x update blog.Ni baru first time untuk tahun 2014. Hai selamat tahun baru. Ok gila. Actually gua nak update tentang kelas gua tahun ni. Disebabkan ni entry first dalam tahun ni,aq nak habaq la jgak kan aku masok kelas 4 Diamond hat gila meletops dalam kalangan cikgu sbb banyak orang fail subjek dan suka tidoq dalam kelas dan selalu dibandingkan dengan kelas Amethyst,Emerald mahupun Topaz.

Terus terang aq ckp la kan,kelas 4 Diamond tahun ni gila segila-gilanya,everyone were so sporting like we're bestfriends,siblings and so on. Walhal sebelum ni klu bertembung,jeling-jeling je. Seriously x pernah lagi aq jumpa classmates yang sangat concern,time demam confirm tnya" makan ubat tak lagi? Telan panadol x lagi?", dan untuk pertama kalinya aku jumpa classmates yang x pernah concern pasal result. Sapa dapat nombor satu lantak p kat ang la, tambah lagi yang dapat nombor last, kelas aku tahun ni bila dpt kertas seolah-olah x dak feeling, nk p tnya result orang lain pa semua. yang penting kerja siap.

Apa yang seronok lagi apabila kami semua kumpul belakang kelas main game yang aq sendiri tak tao game apa yang aku main sampai laaaa. merapu kot dan kami ditambah lagi dengan lawak syai dan arif. Syok sangat dapat classmates cm depa. Banyak kawan baru yng aq kenal. Selama ni yng aq dok ingat depa ni sombong,belagak gitu especially amir walhal aq rasa dia kawan lelaki yang paling poyo pernah aq kenal. Begitu juga dengan Amin. For chinese friends tu, depa selalu buat aq terasa nak belajaq chinese balik so that i can speak fluently with them. Selalunya aq x rapat pun ngn budak chinese tpi ntah kenapa aku rapat dengan depa mcm aku rapat ngn budak melayu. Boleh ja duduk satu meja,main game killer. haahah.


Guru kelas kami pon sama, which is cikgu nabilah yang the comelest.Walaupun duk dengaq cikgu2 lain kutuk kami, dia sabar sahaja dengan kami. Kelas aku tahun ni selalu buat jamuan, yang memang sangat2 merapatkan hubungan kami semua.Kelas kami banyak rahsia yang tersendiri, Susah untuk dijelaskan di sini tetapi apa yang aku tahu, Everyone have their own problems right?. Harap kami semua dpt membantu x banyak sikit pun jadilah . This class make me realize that hidup aku terlalu mewah sampai tidak sedar bahawa kawan aq sendiri, kawan aku yang aq ckp setiap hari menderita. Aku x bleh nak buat apa tpi hanya mampu mendoakan ang bahagia,berjaya dunia akhirat. Sebab apa? sebab aku tahu ang memang kuat kawan. Sangat kuat sehingga mampu mengalirkan air mata kami semua dsbbkan penderitaan hang yang kami semua tak tahu selama ni. Be Strong that's all i can say.




Terus terang aku cakap,memang aq sangat sangat bersyukur dpt kenal bukan kenal begitu sahaja,malah dengan begitu rapat dengan hampa. Sejak kenal hmpa kadang-kadang aku tak kenal erti stress dan tension kerana kita selalu mengamalkan cara belajar yang enjoy.biar result tak tinggi mna asalkan kita semua happy.







Apa yang aq harap,persahabatan kita kekal sampai bila. Believe me hanya ALLAH saja yang tahu betapa bersyukurnya aq jumpa,kenal dan berkawan dengan hampa semua. 


Sekian terima kasih.

Leg note
*Guna kamera baru beli,so x reti guna lagi
memang gambaq x beberapa nak lawa sangat la.

Cerita PMR aku.
Wednesday 25 December 2013 • 06:32 • 0 comments

Januari 2013

Mulakan awal tahun dengan semangat yang sangat berkobar-kobar. Semangat yang memang obsess dengan “Straight A’s Pmr”. Aku pun dengan semangatnya membuat jadual waktu harian di rumah yang kebanyakkannya dipenuhi dengan “study” dan “homework”.Even tidur pun pukul 12 atau 1.Hanya ditulis atas sebuah kertas dan dilekatkan di atas meja untuk dijadikan hiasan bukan perbuatan. Suasana kelas 3 Intelek pun  sangat pelik. Mungkin kawan-kawan lain pun berkeadaan seperti aku. Hari pertama sekolah, guru-guru sudah mendedahkan kami dengan agenda masing-masing, nk ramai straight A’s la, cara-cara belajar la and so on.  Oh great!!

March 2013

Makin lama, semangat makin berkurangan. Jadual harian entah ke mana dicakar kucing aku. Study dalam satu hari kadang-kadang 2 atau 1 jam je ataupun x langsung. Kehidupan berubah 180 darjah berbanding awal tahun haritu. Pelajaran semakin merosot. Kadang-kadang 6A kadang-kadang 7A je every exam. Cerita korea makin hari makin syok membuatkan aku addicted. Hari hari dihiasi dengan lagu lagu korea dan kumpulan korea yang hensem lagi macho.Pergh, x pandang laki lain dah aku. Cikgu,parents jangan cakap la, 24/7 depa nasihat,marah suruh study. Kiraan hari di papan putih depan kelas, buat tak tahu je, tengok tak dak feeling langsung kata semakin hari semakin dekat dah PMR.Memang dasar tak sedar diri betullah Syasya ni.

June 2013

Deman percubaan semakin berleluasa,tak cukup dengan PMR,SPM pun ada juga. Time ni baru sedar diri sikit kata diri tu dah jauh tersasar. Pergi mana-mana pun bawa buku, even turun kantin makan. Bukan sahaja berlaku dalam diri aku,malah kawan-kawan aku juga. Pelbagai teknik mengulang kaji diperkenalkan,tak juga ketinggalan teknik menghafal sejarah dengan cara yang pelik,juga menghafal jenis-jenis logam dengan cara yang betul. Time cikgu tak masuk kelas,bleh dilihat pelbagai jenis buku di latihan di atas meja. Suara Jay yang duk hingaq ulangkaji dengan afiqah masih lagi terngiang-ngiang di kepala aku. Pelbagai teknik yang pelik-pelik depa reka yang kadang-kadang aku sendiri pun nk terikut sekali. Masih ingat Shahira and the geng kat belakang tempataku,duk study sambil bercakap tentang kpop. Pergh,dugaan betul… Namun,Alhamdulillah, keputusan trial PMR, semua orang mendapat result yang bagus.Bilangan straight A’s pun meningkat walaupun tak la setanding kelas 3 Cemerlang.

September 2013

Waktu ni, memang gila ketara.Lagi sebulan lagi nak Pmr weyh. Henset aku siang malam berkerja,menghantar mesej, dan juga menerima panggilan. Tak kira kawan ataupun guru. Kredit aku bnyk dihabiskan dengan menghantar mesej kat cikgu-cikgu tnya masalah. Hahaha…  Tak lupa juga facebook ,twitter dan gmail.  Media social sangat memainkan peranan. Apabila log in ja ada sahaja dm dari kawan-kawan, begitu juga twitter. Emel juga begitu,tidak lekang dari homework cikgu-cikgu yang begitu semangat memberi modul-modul dari negeri-negeri lain. Time ni, tidur pun sudah tidak teratur, tidur pukul 1 bangun tidur pukul 3 atau 4 pagi. Mata panda? Jangan tanyalah. Seinci compact powder aku letak dekat mata kelliling mata aku. Syifaa’ dan aku berjanji  untuk bangun sama-sama pukul 3 pagi. Sangat mencabar.Waktu waktu begini baru tahu betapa pentingnya tutor tv di astro. Channel  602 jadi channel utama keluarga aku even ayah aku pun x leh nk tngok awani. Haha Sorry papa.

2 Oktober 2013.

Peperangan bermula. Segala usaha yang dilakukan diharap membuahkan hasil. Waktu ini baru menyesal yang selama ini main je banyak. Sepanjang minggu peperiksaan,mama dan papa tidur di bilik aku kononnya nk berkorban menemani syasya study. Pagi hari pertama Pmr, aku melihat papa  membaca yasin selepas subuh di ruang tamu untuk aku dan juga kakak aku.Hanya Allah sahaja yang tahu mcm mana perasaan aku,bertuahnya aku dilahirkan dalam keluarga ini. Hari itu juga kakak aku yang belajar di maktab juga akan menghadapi peperiksaan yang penting. So two in one kata papa.Aku dilayan seperti princess. Makanan aku dijaga dan Pelbagai pesanan dan nasihat keluar dari mulut mama dan papa. Sebelum pergi sekolah pun aku menerima banyak panggilan dari ibu saudara dan juga adik beradik aku. Sangat terharu sehingga aku sendiri keluar air mata.  Bersalam dengan papa dan papa mengusap kepala aku sambil berkata “Jawab elok-elok tao”, AllahHuakbar…..  
Segala berjalan dengan lancar sehingga saat aku duduk di atas kerusi dalam dewan peperiksaan.Saat itu apa yang aku fikir ialah harapan mama dan papa. Doa dan zikir tidak lekang dari mulut aku. Dengan lafaz basmalah, aku jawab dengan hati yang tenang,aku mulakan detik-detik penting dalam hidup aku dengan pensel 2B dan highlight warna pink berjenama stabilo. Hehehe…

December 2013

Tidur tak lena, makan tak kenyang mandi tak basah, artis artis korea pun sudah tak hensem dek kerana memikirkan keputusan yang bakal dikeluarkan . Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk tidak langsung membuka media social sepanjang bulan 12 sehinggalah result keluar. Aku sangat takut melihat kawan-kawan aku tweet,update status tentang PMR, sangat takut. Adik beradik aku jangan tanyalah,tak habis habis mengusik aku. Saat aku menyangka result akan keluar pada tanggal 23/24 haribulan, aku masih lagi berfikiran  waras, namun apabila kakak aku kata dia sudah menerima surat dari kpm menyatakan result keluar 19, yang hanya tinggal seminggu mungkin ketika itu, aku boleh jadi gila… memang tidur tak lena baq hang. Malam sebelum keputusan keluar, aku menerima banyak panggilan yang sangat buat aku terharu, dari Tok Ngah, Mak Cik Yati,Mak su dan tak lupa juga Jayshan yang selalu buat aku ketaq tak sudah. 

19 December 2013

Afiqah datang rumah, sembang punya sembang,jam makin dekat dengan waktu nak ambik result. Macam-macam adegan yang terjadi dekat rumah aku. Masing-masing dengan kepala angin sendiri, naik tension aku dengan adik beradik aku.
Sampai dewan, semua muka ketat gila. Ada yang menangis,ada yang dok sengap kat penjuru,mcm mcm la. Aku sampai ja dewan lari terus pergi kat alia, pegang tangan dia tak lepas sampai nama panggil. Mama, dan adik beradik aku yang lain semua dah pergi depan.
Saat keputusan diumumkan,hati ni duk fikir,”kalaulah aku tak dapat straight A’s, mampoih aku kena usik seumur hidup,mana aku nk letak muka dengan cikgu-cikgu,kawan, dan semua”
Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku apabila cikgu umum nama aku dalam kalangan pelajar yang mendapat straight A’s. Ambik result dekat pengetua,tangan aku ketar sangat dan itu yang buat aku malu. Hahaha,then aku lari pergi peluk Alia kat atas. Ya Allah, aku dapat straight A’s… hahaha
Saat orang ramai duk tangkap gambar, pergh dengar bunyi snap kamera, rasa macam artis pula weyh…. Then pergi tangkap gambar dekat stadium mini pula. Lagi sekali rasa mcm artis pula.Haha
Then, aku pergi KMC pula melwat papa. Haha, sampai je papa tnya “Syasya dapat straight A’s hah, haaa tahniah”, then dia duk sengap balik. Aku dah kenal sangat perangai papa, memang dia takkan tunjuk bangga depan anak-anak dia,Bukan aku sorang je,semua abang,kakak,adik aku pun memang dah tahu perangai dia mcm tu. Tapi perangai mcm tu buat aku lgi sayang dengan dia. Hehe.
_________________________________________________________________________________


Last word,  jutaan terima kasih kepada  Mama,papa, cikgu sekolah rendah,cikgu form1,form2 and form3, rakan 1 cerdas,2 intelek,3 intelek, mak saudara,ayah saudara,sepupu, dan semua yang sokong Syasya dari kecik sampai besaq,dari awal tahun sampai hujung tahun. Masuk tahun 2014 dengan azam yang baru.Moga sokongan kalian semua terus berkekalan sampai dapat title Doktor. Wahaha,InshaAllah.



Leg Note
*Penat jariku taip 



Hello,Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back,be happy to know more about me ;3
Diary About Link Stuff





Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME